Sekadar mahu memaparkan kisah tentang kucing yang menjadi teman kami sekeluarga. Kucing-kucing ini merupakan hiburan kami sekeluarga. Kadang-kadang ia menjadi pengerat keakraban kami. Ajaibnya kucing ini kan dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan.
Tidak tahu mengapa nama Tompok ini menjadi pilihan. Kena tanya si Eiqhwan dan si Eiqhmal lah.
Semenjak dia datang ke rumah, setiap masa yang terluang, Eiqhwan dan Eiqhmal berganti-ganti membelai dan memberikannya kasih sayang sejati. Hairan juga macamana dorang ini boleh mengasihi haiwan keci ni.
Apa lagi, si Tompok pun naik lemak dan tidak lagi pernah keluar dari kawasan rumah kami. Kalau kami semua keluar rumah pun, dia tetap ada menjaga rumah. Bila kami ballik ke rumah, Tompok lah menjadi penyambut di pintu pagar. Apa lagi, bunyi mengiau lah yang menyambut kami.
Selepas 2 bulan tinggal bersama kami dengan penuh kasih sayang, kami dapati Tompok hamil. Perutnya semakin membuncit. Agaknya ada 'jantan' yang mengganggu kehidupan dia.Setelah kami siasat seperti episod 'Edisi Siasat' kat Tv7, kami dapati memang si Tompok sedang kemaruk cinta dengan seekor kucing jantan yang bernama 'Ming' milik jiran sepagar. Patut pun kadang-kadang si Tompok ni pandai menghilang diri, puas dipanggil baru muncul.
4 bulan selepas itu, dia melahirkan seekor anak betina. Sah memang dia zuriat Ming kerana anak itu mempunyai bulu sebiji macam Ming. Setelah anak ini lahir, Ming tidak pernah kelihatan lagi. Bila di tanya Pak Haji - tuan Ming itu, rupanya Ming telah meninggal. Tapi tak apa, adat makhluk yang hidup pasti mati dan dia juga dia sudah ada zuriatnya.
Setelah anak itu boleh berjalan sendiri, barulah kami dapati dia memiliki ekor yang bengkok. Eiqhwan dan Eiqhmal pun bersetuju menamakannya BENGKOK. Ekornya bengkok berbentuk No. 7 dan amat bergaya bila dia menggerak-gerakkannya.
Kami tabik pada Mama kerana pada suatu hari dia membawa pulang seekor kucing jantan liar dari sekolah untuk menambahkan koleksi kucing di rumah.
Sebaik ja kucing ni sampai di rumah ayah telah memberikannya makan Friskies. Saat tu dia sangat kebuluran dan melahap sepuasnya. Setelah kekenyangan, ayah telah memandikan dia dengan syampoo. Selepas tu baru kucing ni nampak segar dan bermaya. Wangiii....
Setelah kami perhatikan, dia memiliki ekor yang panjang dan lurus.
Kami sepakat menamakannya 'Panjang".
Kami sepakat menamakannya 'Panjang".
Entah mengapa, siPanjang hanya bertahan selama seminggu bersama dengan kami. Pada suatu hari kami telah keluar rumah dan apabila kami pulang, kami dapati si Panjang telah tiada di rumah. Puas kami mencari dan memanggil tetapi tidak menjumpainya.
Kami amat terasa akan kehilangannya, bagaimanapun kehilangannya kami redha.
Di saat si Panjang hadir dalam keluarga kami, si Tompok juga sedang hamil. Kami dapati kali ini dia sedang bercinta dengan seekor kucing jantan berbulu seperti si Panjang. Kucing jantan ini yang selalu curi-curi datang ke rumah kami untuk bertemu dengan si Tompok. Ada ketikanya kucing jantan ni bising-bising memanggil si Tompok.
Seminggu selepas pemergian Panjang, Tompok melahirkan anak dalam almari kain Eiqhmal. Tepat jam 9.00 malam pada 12.11.2009 Tompok melahirkan 4 ekor anak.

Anak-anak si Tompok ni sihat-sihat semua kerana mendapat susu badan ibu.
Yang ini sebahagian dari aktiviti-aktiviti si Bengkok.
Ini pula, sedikit kisah kucing milik atuk kami di kampung. Namanya Black Jantan kerana bulunya hitam berkilat. Cantikkkkkkk.....

Kisah ni akan disambung. Tungguuu...........
----------------------------------------------------------------------------------YANG INI CERITA EIQHWAN DAN EIQHMAL
Kadang-kadang berangan nak memandu helikopter walaupun sekali dalam seumur hidup. Hari tu saya sedang memandu heli... Pandu punya pandu... saya tak tahu saya berada di mana. Sekali saya sedar rupanya saya sedang bermimpi dan yang pasti time tu saya sedang bersama dengan sebiji helikopter yang real. Fulamak....
Mula-mula con
tengan pada kertas. Kalau banyak masa saya akan mengedit contengan tu dalam komputer... cehh macam mengedit filem pula. Bila siap mengedit konon inilah hasilnya... amacam okey juga kah..
Time mengedit ni lah yang telinga ni panas oleh leteran mama. Kenapa tidak, makan tidur tidak saya pedulikan. Kerja rumah yang mama suruh pun saya tak kesah... kadang-kadang jadi anak derhaka gara-gara kerja mengedit ni... time solat pun boleh miss.. sedar pun saya kan!! Tapi syukurlah kerana bakat yang saya warisi dari ayah ni saya tidak hasilkan pada dinding-dinding tandas sekolah dan dinding-dinding bangunan....
Yang saya kagum dengan dia ni, tidak pernah belajar komputer tapi boleh bah main komputer... macam abang dia juga lah.
Dia ni pun kalau bukan bergaduh dengan komputer, menconteng kertas lah kerjanya. Tapi dia ni suka menulis khat jawi. Saya pun tak faham apa yang di tulis dengan khatnya. Tapi syukurlah dia boleh mengasah bakat khatnya dan tidak membuat perkara yang menyalahi undang-udang dunia dan akhirat.
Lantaklah dia nak buat apa dengan seni khatnya. Janji tidak menconteng arang di muka mama. Nasihat abang pada Eiqhmal, jangan lagi suka mengajuk kata-kata abang yang bikin abang marahhhh... Fahammmm
Pada suatu hari saya, Eiqhmal dan ayah sedang makan di Puncak Borneo Cafe. Ada serombongan warga Mat Salleh bermotorsikal juga datang makan di situ. Si Eiqhmal ni yang mempunyai sikap hairan dengan sesuatu yang baru telah mencuri-curi menangkap gambar mereka. Tiba-tiba salah seorang dari rombongan tu sedar perbuatan si Eiqhmal lalu terus mengajaknya bergambar bersama mereka. Tapi malangnya gambar yang saya ambil ni tidak berapa clear... lepas tu Mat Salleh yang sedang memeluk si Eiqhmal tu mengucup kepala dan kepala si Eiqhmal pun berbau minuman keras... kesiannn
----------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:
Catat Ulasan